Ini adalah satu ingatan yang telah disampaikan oleh sahabat saya untuk kita renungkan dan amalkan semuga kita mendapat rahmat dan keredhaan dari NYA ( Allah S.W.T.)
Renung - Renung kan lah Hakikat Hidup ini ..........................
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT.
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya di yakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apa bila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini : Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~NYA( Allah S.W.T.) setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah S.W.T. dalam keadaan jiwa yang Tenang...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah S.W.T. meredhai.
Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa... di dunia juga di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah S.W.T.
Amin.........Amin Ya rabal a'alamin......
Wednesday, December 19, 2007
Sunday, December 2, 2007
Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah
Terbaca satu risalah Agama yang boleh di kongsi bersama. Risalah ini yang di muatkan didalam Utusan Malaysia 3 haribulan Disember 2007. Sila baca dan sebaiknya amalkan.
Bicara Agama
Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah
Oleh: NAZMI AIDARUS
Kelebihan 10 hari pertama bulan Zulhijjah
Oleh: NAZMI AIDARUS
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.
Para sahabat baginda bertanya, Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah? Ujar Baginda, Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun.
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Peristiwa Sejarah Bulan Zulhijjah
Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w. Antara peristiwa tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.
2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.
3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah, Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.
4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.
5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.
6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.
7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.
8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.
10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.
11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.
12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.
13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.
- NAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Mufti Terengganu.
Tuesday, November 27, 2007
Semalam yang ditinggalkan
Begini lah lumrah alam, hari-hari semalam ditinggalkan. Kadang kala ada yang mengembirakan kadang kala sebaliknya. Mungkin aku tidak dapat memenuhi setiap waktu untuk mengisi blog ini. Namun begitu sebaik mungkin bila terdapat ruang akan aku kemas kinikannya. Sebenarnya aku ingin benar untuk memasukkan gambar anak kedua dalam blog ini tapi aku tidak dapat menbuka Note book ku kerana sudah rosak. Ini lah bila virus bermaharajalela, lupa saja untuk kemaskini Anti Virus, virus menyerang.
Dekat opis tidak boleh pula download sebarangan kerana ada firewall yang tidak membenarkan untuk web tertentu. Jadi terpaksa lah tunggu Note book dibaiki dan download dari rumah sahaja. Hari Jumaat Emak mentua dan adik Ipar berkunjung. Meriah sedikit rumah aku. Hari Sabtu aku mengikuti adik Ipar ke Jalan Taib beri barang borong. Banyak yang di belinya untuk berniaga.
Hari Isnin, aku cuti kecemasan lagi masalah kesihatan. Selasa seperti biasa naik kerja, bertambah lah kerja kerana semalam cuti tapi dapat diselesaikan juga. Anak sulong aku sudah dapat kerja kilang dekat dengan rumah. Bermula hari Rabu. Suka dia. Bagi aku tidak kira apa jenis kerja tapi biarlah yang halal dan dapat juga dia wang untuk berbelanja. Ok lah sampai sini coretan aku kali ini......
Wednesday, November 21, 2007
Semalam cuti hari ini kerja
Apa lagi sudah puas bersantai dengan keluarga semalam, hari ini berkerja. Bertimbun lah kerja-kerja yang perlu disiapkan. Balik kerja sampai pukul 9.00 malam. Pada mula nya aku sudah bersiap hendak balik pukul 6.15 petang tapi bila hendak keluar Boss besar(GM) datang minta tolong carikan infra(laluan) bagi pemasangan Mesin ATM di stesen-stesen Mobil, Caltex dan juga beberapa shopping komplex di beberapa negeri di Semananjung dan di Sarawak.
Alhamdulillah siap semua dan maklumat itu telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk membuat tindakan lanjutan. Selepas itu makan free lah ada orang yang belanja. Rasa nya penat bersantai semalam belum hilang lagi balik rumah sampai pukul 9.45 malam. Keletihan amat-amat dirasai. Ini lah manusia tiada kekuatan yang berkekalan, jika itu yang kita ingati bahawa kekuatan kita hanya sementara sahaja jika diizinkan oleh NYA, tapi jika Allah S.W.T. menarik balik kekuatan itu maka akan lemah lah kita.....
Alhamdulillah siap semua dan maklumat itu telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk membuat tindakan lanjutan. Selepas itu makan free lah ada orang yang belanja. Rasa nya penat bersantai semalam belum hilang lagi balik rumah sampai pukul 9.45 malam. Keletihan amat-amat dirasai. Ini lah manusia tiada kekuatan yang berkekalan, jika itu yang kita ingati bahawa kekuatan kita hanya sementara sahaja jika diizinkan oleh NYA, tapi jika Allah S.W.T. menarik balik kekuatan itu maka akan lemah lah kita.....
Bersantai bersama keluarga
Pada hari Selasa aku ambil cuti rehat dan pergi berkelah bersama keluarga di Air Terjun Gabai Ulu Langat. Hari ini orang yang berkunjung kurang walau pun cuti sekolah. Mungkin juga kerana cuaca tidak begitu elok. Hujan turun namun begitu tempat ini terlindung dengan pokok besar tidak terasa hujan yang turun kerana bila mencecah ke badan terasa sedikit saja dirasai jika hendak dibandingkan dengan Air terjun yang lebih banyak dan kesejukan. Anak-anak dan dua orang anak saudara yang berkunjung bersama agak seronok melihatkan mereka menurui jeram air terjun... seperti di Sunway Lagoon. Oh ya isteri tersayang dengan adik sepupu berada di tingkat bawah. Kami di tingkat atas. Penat juga mendaki tangga. Orang Lama....terasa juga kepenatan semasa mendaki tu. Bukan apa inilah masa nya aku berseronok dengan mereka.
Alhamdulillah..... seronok-seronok juga tapi jangan lah kita lupa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh NYA(Allah S.W.T.). Kadang kala bila berada dengan keluarga kita lupa tanggungjawap kita terhadap NYA. Memang itu lah sifat makhluk yang tiada daya dan upaya dalam segala-segalanya. Tapi masih ada yang mengaku mereka berupaya untuk melakukan sesuatu dengan kudrat mereka, mereka lupa yang memberikan mereka kudrat pinjaman itu hanya Allah Rabbuljalil yang Maha Sempurna segalanya. Rasullullah S.A.W. pun berpesan kita seboleh-boleh nya perlu bermesra dengan keluarga, tapi jangan lupa akan tanggungjawap kepada NYA. Allah S.W.T suka akan makhluk Nya berada dalam keadaan berbaik-baik diantara satu dengan yang lain.
Sehari lagi telah dilalui dengan keindahan yang dihurungi bersama keluarga. Esok belum pasti sama ada akan dapat di tempuhi seperti hari ini.
Alhamdulillah..... seronok-seronok juga tapi jangan lah kita lupa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh NYA(Allah S.W.T.). Kadang kala bila berada dengan keluarga kita lupa tanggungjawap kita terhadap NYA. Memang itu lah sifat makhluk yang tiada daya dan upaya dalam segala-segalanya. Tapi masih ada yang mengaku mereka berupaya untuk melakukan sesuatu dengan kudrat mereka, mereka lupa yang memberikan mereka kudrat pinjaman itu hanya Allah Rabbuljalil yang Maha Sempurna segalanya. Rasullullah S.A.W. pun berpesan kita seboleh-boleh nya perlu bermesra dengan keluarga, tapi jangan lupa akan tanggungjawap kepada NYA. Allah S.W.T suka akan makhluk Nya berada dalam keadaan berbaik-baik diantara satu dengan yang lain.
Sehari lagi telah dilalui dengan keindahan yang dihurungi bersama keluarga. Esok belum pasti sama ada akan dapat di tempuhi seperti hari ini.
Monday, November 19, 2007
Masih kah kau ingat
Ya masih kah kau ingat apa yang telah dijanjikan pada Allah S.W.T semasa kita didalam alam Ruh. Siapa kah yang ingat. Aku tiada daya untuk mengingati melainkan dengan kehendak NYA. Adakah aku ingat akan janji ku dengan NYA(Allah S.W.T.). Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah melahirkan ku dari perut ibuku yang beragama Islam. Ya Allah engkau kekalkan lah aku didalam ISLAM dan di bawah nanungan MU sehingga kembalinya aku kepada MU. Tetapkan diri dalam jagaan mu berserta keredhaan dan rahmat mu sentiasa.
Siapa yang tahu akan janji mu pada Allah. Tuhan berfirman yang mahfum nya "Adakah aku tuhan mu. Kita jawap "Ya engkau tuhan ku".
Tapi bila lahir nya kita ke bumi ini kita lupa siapa kita sebenar nya dan apa tujuan kita dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu kembali lah kita kepada Allah S.W.T. sentiasa dalam apa jua pun yang kita lalui. Oleh itu dapat lah kita kembali kepada NYA dengan jiwa yang tenang.
WASSALAM.
Siapa yang tahu akan janji mu pada Allah. Tuhan berfirman yang mahfum nya "Adakah aku tuhan mu. Kita jawap "Ya engkau tuhan ku".
Tapi bila lahir nya kita ke bumi ini kita lupa siapa kita sebenar nya dan apa tujuan kita dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu kembali lah kita kepada Allah S.W.T. sentiasa dalam apa jua pun yang kita lalui. Oleh itu dapat lah kita kembali kepada NYA dengan jiwa yang tenang.
WASSALAM.
Salam perkenalan
Tiada yang lebih indah melainkan kurniaan Allah S.W.T yang memberi kan nafas untuk menyedut udara buat ku pada hari ini, Alhamdulillah (Segala Puji bagi Allah). Tiada daya dan upaya bagi ku melainkan dengan kehendak nya. Buat orang yang tersayang dan juga anak-anak ku jangan lah lalai.
Subhanallah (Maha Suci Allah) yangmemberikan aku zuriat. Buat anak ku yang sulong, Along teruskan pelajaran mu dengan selalu memohon pertolongan NYA(Allah S.W.T.) agak terus berjaya dengan keredzaan NYA(Allah S.W.T.). Begitu juga Angah yang berada di Mesir pastikan dengan pertolongan NYA(Allah S.W.T.) Angah kembali nanti dapat mengembangkan lagi syari'at Islam dibumi Allah Malaysia ini. Buat sikembar Asyuk dan Ayie, teruskan mengejar cita-cita mu dengan bantuan dan pertolongan NYA(Allah S.W.T.) dengan memohon selalu keredzaan NYA(Allah S.W.T.), tidak lupa anak bongsu ku Ifik, harapan ayah ikuti lah jejak langkah abang-abang mu dan jangan di lupakan ibadat mu kepada NYA(Allah S.W.T).
Buat sayang ku aku tidak dapat menyarungkan mu dengan segala intan belian di seluruh badan mu hanya yang dapat ku berikan kasih sayang yang mungkin tidak dirasai semasa hidup ku. Mungkin jika setelah pemergian ku kasih sayang itu akan dirasai. Seperti mana kasih sayang seorang Amirul mukminin Syaidina Umar Abd Aziz terhadap rakyat nya. Setelah kematian nya baru diketahui beliau lah orang yang selalu menghantar makanan pada rumah-rumah orang miskin yang tiada makanan.
Subhanallah (Maha Suci Allah) yangmemberikan aku zuriat. Buat anak ku yang sulong, Along teruskan pelajaran mu dengan selalu memohon pertolongan NYA(Allah S.W.T.) agak terus berjaya dengan keredzaan NYA(Allah S.W.T.). Begitu juga Angah yang berada di Mesir pastikan dengan pertolongan NYA(Allah S.W.T.) Angah kembali nanti dapat mengembangkan lagi syari'at Islam dibumi Allah Malaysia ini. Buat sikembar Asyuk dan Ayie, teruskan mengejar cita-cita mu dengan bantuan dan pertolongan NYA(Allah S.W.T.) dengan memohon selalu keredzaan NYA(Allah S.W.T.), tidak lupa anak bongsu ku Ifik, harapan ayah ikuti lah jejak langkah abang-abang mu dan jangan di lupakan ibadat mu kepada NYA(Allah S.W.T).
Buat sayang ku aku tidak dapat menyarungkan mu dengan segala intan belian di seluruh badan mu hanya yang dapat ku berikan kasih sayang yang mungkin tidak dirasai semasa hidup ku. Mungkin jika setelah pemergian ku kasih sayang itu akan dirasai. Seperti mana kasih sayang seorang Amirul mukminin Syaidina Umar Abd Aziz terhadap rakyat nya. Setelah kematian nya baru diketahui beliau lah orang yang selalu menghantar makanan pada rumah-rumah orang miskin yang tiada makanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)